Isnin, Disember 10, 2007

Explorace Kelab Remaja JIM (KRJ) Petaling


Alhamdulillah seramai 62 orang remaja telah menyertai program ini. Fasilitator-fasilitator terdiri daripada pelajar IPT dan lepasan IPT yang sudah bekerja. Antaranya daripada Japanese Associate Degree (JAD) Unisel, UiTM Shah Alam dan UPSI. Berikut adalah objektif program:
1) Melahirkan remaja sihat fizikal,mental, spiritual dan emosi.
2) Memberi pengetahuan tentang tokoh remaja zaman Rasulallah s.a.w. sebagai role model dan idola yang positif untuk remaja
3) Menyedarkan remaja tentang kepentingan menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan
4) Melatih remaja untuk mengajak masyarakat umum kepada kebaikan dan mencegah dari kemaksiatan
5) Menggalakkan kreativiti, kerjasama berkumpulan, dan bakat kepimpinan di kalangan remaja
6) Mengisi masa cuti sekolah dengan program berfaedah
7) Memperkenalkan JIM kepada masyarakat
8) Menjalinkan hubungan silaturrahim antara remaja sekolah dengan IPT
Beberapa aktiviti yang dijalankan:
1) Membincangkan tokoh-tokoh remaja di zaman Rasulullah s.a.w.
2) Mengedarkan brosur mengenai hijab dan menemuramah orang awam.
3) Nasyid, lakonan, merempuh halangan, rekacipta, uji IQ, teka gaya.
Gambar persiapan sebelum program dan sekitar program bole dilihat di sini

0 ulasan:

KRJ

Copyright by by RnB Salam and Ikhwan. Powered by Ikhwaner