Selasa, Disember 02, 2008

3R Raya



Alhamdulillah, segala puji hanyalah bagi Allah Tuhan pentadbir sekelian alam. Pada 29-30 November yg lalu JK Remaja dan Belia Petaling telah mengadakan program follow up bagi peserta 3R 2008. Seramai lebih kurang 25 org peserta telah mengambil bahagian yg terdiri dari peserta 3R 2008 dan juga peserta2 yg baru. Program bermula selepas isya' dengan sesi ice breaking. Peserta dibahagikan kpd 4 kumpulan, 1 kumpulan ikhwah dan 3 kumpulan akhwat (beza dgn 3R aritu, aritu ikhwah yg ramai huhuhu) .Mereka dikehendaki memberikan nama kumpulan dan melantik ketua kumpulan mengikut kesukaan masing2. Macam nama yg diberikan. Kump akhwat terdiri daripada kump "Swimming" , kump "Purple" dan kump "on-line". Manakala kump ikhwah pula menamakan diri mereka sebagai "MU" ataupun muslimeen united. Setelah selesai sesi ice breaking, slot seterusnya ialah slot games yg dipanggil "XY Investment". Permainan ini cukup mudah dimana para peserta hanya perlu memilih utk melabur dlm saham X atau Y. Akan tetapi setiap pilihan ada natijahnya. Sebab saham yg dipilih mungkin akan mendatangkan kerugian kepada peserta.Setiap kump perlu meghantar wakil untuk berbicang saham apakah yg depersetujui oleh mereka untuk dipilih dan kemudian membawa hasil resolusi ke kumpulan masing2. Tetapi seperti yg dijangkakn ada pihak yg akan belot dan tidak mematuhi perjanjian yg dimetrai sebentar td semata2 utk merebut peluang mendapatkn saham yg tggi. Permainan bertambah rancak apabila nilai digandakan dari 2 kali ganda kpd 10 kali ganda. Masing2 merancang strategi utk megejar peluang yg berganda2 ini. Antara pengajaran yg diberikan oleh fasi pengedali ialah peringtan ttg pentingnya maruah diri. Pengorbanan mmg diperlukan utk mencapai kejayaan tetapi jgn sampai kita mengorbankan harga diri, iman, dan maruah kita semata2 utk mengejar cita2 kita. Utk mengejar kesenangan dunia yg sedikit ni. Kita sanggup langgar perjanjian yg telah kita buat, sanggup menipu, menikam kawan dari belakang, melihat org lain tersungkur asalkan kita berjaya. Org lain x boleh berjaya atau lebih berjaya dari kita. Sebaliknya sikap yg ingin diterapkan ialah konsep berjaya bersama2. Kita bimbing org len utk sama2 berjaya dgn kita. Biar hidup miskin tetapi bermaruah. Daripada kaya tetapi tergadai maruah. Biar hina disisi manusia asalkn jgn hina di sisi Allah. Para peserta mengangguk tanda phm (phm kot agaknya xpun mengantuk hehehehe).Kemudian prog diteruskan lg dgn slot 5R yg di bawa oleh ukhti khansa'. Para peserta perlu mencari sendiri ciri2 remaja berdasarkn ayat2 Al-Quran yg disediakan oleh ukhti khansa'. Boleh dikatakan semua kumpulan berjaya mencari ciri2 remaja Islam dgn tepat.Usai sudah prog utk mlm itu, para peserta kemudian menikmati minum malam dan sesi melelapkan mata pun bermula.Awal pagi peserta diminta untuk qiam, solat Subuh dan mendengar kuliah Subuh yg disediakn oleh pihak masjid. Anatara intipati kuliah subuh ini ialah mengenai ayat dalam surah al Baqarah ayat 164. Kupasan ttg 8 perkara yg disebutkan dalam ayat ini yg perlu manusia perhati dan fikirkan. Setelah selesai kuliah subuh, peserta bersiap2 untuk prog seterusnya "sukaneka". Tp sblum tu ada sket senaman ringan menerusi multimedia yg disediakn oleh ukhti zarina. Kemudian peserta semua bersarapan dan bersedia untuk bersukaneka. Permainan pertama dipanggil "membawa bola pingpong dlm sudu berduet". mereka diikat berdua2 sorg menghadap dpn dan sorg lg blkg. Peserta yg menghadap dpn perlu membawa sudu berisi bola ping pong dgn mggunakn mulut. Mmg kreatif cara mereka melaksanakn tugas.Permainan kedua di panggil kaki lipan - kesemua ahli kump diikat kaki secara bersambung dan mereka di kehendaki menulis nama mereka di kertas yg berasingan. Kemudian nama- nama mereka di letakkan berserakan di atas pdg dan mereka perlu bersama2 mencari nama ahli kump mereka smpi cukup huhhu jenuh jg nk cari.Permainan ketiga di panggil "semakin jauh semakin sayang" - mereka perlu menjarakkn diri antara satu sama lain dan kemudian menyambut belon berisi air yg di campakkn oleh rakan mereka. Siapa yg berjaya dgn jarak yg paling jauh, dia diisytihar pemenang. Tapi syg baru round pertama sumer belon dh pecah huhuhuhu.Permainan keempat di panggil "memberi kasih menerima sayang" - Para peserta diminta untuk "pass" belon berisi air dengan menggunakan leher. Hrmm mcm2 cara dicuba sampai nk tergeliat juga la leher dorg. Tp lawan tetap lawan! Biar pecah belon dibuatnya tetapi semangat mesti mau ada!

Permainan terakhir ialah "My Superhero" - Peserta dibekalkan dgn surat khabar, tisu tandas dan jg pita pelekat. Mereka perlu mereka busana utk super hero ciptaan mereka. Mmg kreatif la adik2 ni. Mcm2 gaya ada, mcm2 rupa. Siap dgn ciri2 keselamatan. Kreatif dan inovatif.

Acara ditutup dgn upacara penyampaian hadiah dan sedikit ucapan dari Pengerusi JK Remaja dan Belia Akh Baitori serta sedikit sumbangan kepada salah seorang peserta yg meraikan hari lahirnya pada hari itu.
Itu sahaja laporan yg dpt di siapkan. Ampun dan maaf diminta terutama kpd ibu bapa yg terpaksa menunggu agak lama utk menjemput anak2 mereka. Moga ditemukan Allah di program2 yg akan datang insyaAllah..

gambar program bole dilihat di sini

Sekian Wslm.

JK RnB JIM Daerah Petaling

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

3r raya ni mmg best... tp sket org.. manusia niii time bayar ramai g tp time free sket... kaya sgt.. tp best sbb org x rmai.. lg2 laki.. -kump. ON-LINE yg gila2

KRJ

Copyright by by RnB Salam and Ikhwan. Powered by Ikhwaner