Khamis, September 17, 2009

Aulad Raikan Ramadhan 2009

salam

Alhamdulillah selesai sudah program Aulad raikan Ramadhan 09 (ARR)
Masjid TUDM Subang.

12 September 2009

730 pagi

Kelihatan adik2 sekolah rendah bermain2 dalam kawasan masjid. Ana ingat memang adik2 ni suka main kt masjid pagi2 sabtu ni. tapi rupa2nya mereka datang ke masjid sebab nk ikut program ARR.

Kalau ikut tentatif, pendaftaran peserta adalah pada jam 9 pagi. tapi disebabkan encik Imam tersalah info, beliau telah memaklumkan kepada peserta bahawa pendaftaran adalah pada jam 8 pagi. jadi xhairanlah jam 730 pagi ada adik2 bermain2 dimasjid. memang berdisiplin anak2 TUDM ni.datang sebelum masa.

walaupun mereka dimaklumkan awal, kami pun buka kaunter pendaftaran awal, tapi, program tetap bermula seperti yang dijadualkan.

Sementara menunggu jam 930 pagi, para peserta dihidangkan dengan tayangan Kungfu Panda. Bergelak ketawa la adik2 ni, xkurang juga abang dan kakak fasi, sebab memang lawak cite tu.

930 pagi

Tamat je cerita Kungfu Panda, sambung dengan iklan Geng(Upin & Ipin). da tamat iklan barulah program bermula dengan rasminya.

Sekali panggil je mereka datang dengan berlari2.
huh, sungguh bersemangat!

Pembukaan majlis dijalankan. Penekanan diberikan supaya berniat 'iktikaf didalam masjid. Doa Pembukaan oleh akh Hafizuddin.



1000 pagi

Slot seterusnya ialah Solat Dhuha. Kebanyakkan adik2 dah tahu akan perihal solat dhuha itu. tapi xtahu kaifiyatnya. jadi disini, kami mengambil peluang ini untuk mengajar cara2 solat dhuha kepada adik2. dari niat hinggalah kepada doa selepas solat.
Adik2 lelaki ditunjuk ajar oleh fasi2 ikhwah yang berpakaian merah semuanaya, manakala sebaliknya bagi adik2 perempuan, ditunjuki oleh kakak2 fasi yang berpakaian serba pink. nak suruh mereka beratur pun, punyalah susah, kerana mereka ini hyper active la sangat.ade je bende nk dibuat, xbole duduk diam.



1100 pagi

Setelah bersolat Dhuha, adik2 disajikan pula dengan slot ukhuwwah games yang dikendalikan oleh ukht Fatimah. Slot dimulai dengan pengenalan para barisan fasi.Setelah itu, sesi games pun bermula... Kali ni, memang kecoh habis, ditambah dengan kelincahan ukht Fatimah mengendalikan games.Antara game yang dimainkan, unbreakable chain, cari ahli kumpulan berdasarkan binatang(kene berlakon watak binatang tu)dan beberapa games lain.




1230 tengahari

Setelah berpenat lelah berlari mengejar adik2 ni, sekarang masa bagi para fasi tenang sebentar. Slot kali ini ialah Mari Mewarna dan Kraf Ramadhan. Ye, ada 2 aktiviti dalam satu masa. Slot ni dikendalikan oleh Kak Julia dan dibantu oleh ukht Khansa'. Bagi mereka yang tidak mahu mewarna boleh membuat kraf daripada kertas keras. Pada waktu ni, kelincahan adik2 ni terhenti sebentar dengan keasyikan mereka membuat kerja masing. Alatan mewarna dan kraf disediakan semuanya oleh AJk.



0113 petang

berhenti rehat ntk solat Zohor

0145 petang

Menghidupkan Ramadhan. Pesrta diminta duduk dalam kumpulan binatang masing, dalam diberi tugas untuk menghabiskan bacaan dari surah Ad-Dhuha hingga An-Nas dalam kumpulan dengan setiap seorang membaca satu surah. Selepas tadarus, fasi memberi sedikit pengisian sama ada dari aspek solat, ibadah, al-quran dan sebagainya mengikut kreativiti para fasi.



2.15 petang

Program bersambung semula, slot Kuiz Ramadhan dikendalikan oleh ukht Aishah yang tidak kurang hebatnya dalam mententeramkan adik2 ni. Sesi kuiz terpaksa ditukar format permainan on-the-spot bagi disesuaikan dengan keadaan adik2 ni yang berebut2 nk jawab(patut dicontohi ni).ye la, sume nk dapat hadiah.

0300 petang

sesi kuiz diakhiri dengan sedikit kecoh. Ada yang gembira kerana dapat hadiah dan kebayakkannya hampa kerana x dapat apa2.itulah adat permainan. Program ARR sudah hampir ke penhujung. Bagi majlis penutup, 2 orang VIP dijemput, akh Halimi mewakili JIM dan kapten tarmizi mewakili TUDM. Kedua-dua VIP diberi peluang untuk berucap dihadapan adik2 dan juga sebilangan ibubapa peserta yang hadir.

Setelah sesi ucapan, hadirin disajkan dengan video aksi adik2 peserta ARR sepanjang program dijalankan.
Sebab seronok sangat menonton hingga lupa sesi pembahagian hadiah, AJK terpaksa memotong pendek video itu(kene tgok kt blogspot aulad la ye).

0330 petang

Sesi Pembahagian Hadiah dijalankan berdasarkan aktiviti di awal program tadi. Aktiviti mewarna terdapat 6 pemenang, 3 orang dari tahap 1 dan 3 orang dari tahap 2. Juara top 3 keseluruhan jga mendapat habuan tersendiri. dikira berdasarkan prestasi mereka semasa sesi kuiz dan juga games. Selebihnya yang lain mendapat goodies bag tajaan JIM Petaling. Hadiah disampaikan oleh Kapten Tarmizi di iringi oleh ketua fasi, akh Hasbi.

0400 petang

Setelah pembahagian hadiah dijalankan, tibalah sesi kenang-kenangan pula. Sesi bergambar mengikut jantina, adik2 lelaki dan juga fasi lelaki bergambar dahulu diikuti dengan adik2 perempuan dan fasi perempuan. sesi bergambar dijalankan dengan berlatarbelakangkan banner ARR 09. Dengan itu tamat lah program ARR secara rasminya.

0412 petang

Sesi bergambar dan bersalaman sesama peserta dan fasi selesai. Kemudian solat Asar beramai2 dan pulang.



Alhamdulillah

Link2 kenang-kenangan

Gambar

blog

feedback form



-Get Busy-
..Allah is Watching..


0 ulasan:

KRJ

Copyright by by RnB Salam and Ikhwan. Powered by Ikhwaner